Monday, September 17, 2018

KEMAHIRAN MENGAMBIL DAN MEMBUAT NOTA


KEMAHIRAN MENGAMBIL DAN MEMBUAT NOTA 😀
  1. CARA-CARA MEMBUAT NOTA ✅
  2. Definisi Nota : 
  3. Nota ialah benda yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Nota menjadi bahan rujukan, apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta.Mencatat nota juga merupakan satu seni.
Sebab perlu mengambil nota…
  • Semasa membuat nota, pemikiran  anda berkembang dan sel-sel neuron berhubung antara satu sama yang lain, dapat meningkatkan daya pemikiran seseorang itu.
  • Dapat menbantu pelajar mengimbau kembali apa-apa yang telah dipelajari atau apa-apa yang kita baca.
  • Nota merupakan rekod kekal yang boleh dirujuk pada bila-bila masa atau apabila terlupa.
  • Boleh membantu pelajar membuat rujukan akhir semula sebelum menghadapi peperiksaan.
Perkara penting ketika mengambil nota yang efektif :
  • Mengetahui idea utama.
  • Mengenalpasti maklumat yang sesuai untuk ditulis.
  • Mengunakan cara yang sesuai seperti Outline note atau column note.
  • Menggunakan cara menulis nota bentuk grafik.
  • Menggunakan perkataan sendiri.
  • Mencatat sumber maklumat diperolehi.
Aspek-aspek penting ketika mengambil nota…
  • Membuat persediaan sendiri.
  • Mendengar.
  • Fokus.
  • Meminta penerangan jika terdapat kekiluran.
Tips mengambil nota…
  • Belajar kaedah mengambil nota yang berkesan daripada pensyarah atau kaunselor atau sesiapa sahaja yang berkebolehan  di kampus.
  • Guna kata kunci untuk menjimatkan masa.
  • Guna ayat anda sendiri agar mudah difahami.
  • Gunakan pen yang pelbagai warna supaya nota kelihatan menarik
  • Gariskan huraian penting.
  • Tinggalkan ruang kosong diantara nota agar mudah bagi anda mengedit/menambah penerangan.
kemahiran membuat nota


Cara-cara membuat nota…
  1. Annotation(Anoatsi) - Annotation ni adalah catatan nota untuk memberi penjelasan dalam bentuk penerangan ringkas. Mengenai sesuatu kerja seperti artikel, bab buku, buku, laman web atau filem. Penjelasan ni mestilah mempunyai maklumat biblografi lengkap. Annotation ni juga boleh dibuat dengan menggariskan fakta, menandakan isi penting, menggunakan highlight, dan boleh juga menggunakan pelekat. 
contoh annotation

Annotation juga dapat di buat dalam bentuk yang ringkas seperti :


2.  Outline Notes - menggunakan frasa dan kata kunci. Outline juga dilakukan dengan menggunakan tajuk besar dan kecil serta indentation. 

contoh outline notes ⇩

3. Column Notes - merupakan cara mengambil nota menggunakan format berbentuk lajur. Teknik ini lebih sesuai bagi subjek Sains dan Matematik. 


 contoh column notes :

4. Nota Rumusan - Dicatat dalam bentuk rumusan. Nota rumusan mengandungi semua maklumat yang telah di ringkaskan dan ditulis dalam perenggan. Lebih berfokus kepada isi penting. Nota ini dapat dibaca dan diringkaskan dengan ayat sendiri.

contoh nota rumusan 


ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBUAT NOTA 
  • Penguasaan pelajar terutama dalam kemahiran berfikir menjadi lebih berkesan melalui penggunaan alat berfikir yang sesuai semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan.
  • Contoh berfikir yang biasa digunakan ialah pengurusan grafik, peta minda, pemetaan i-THINK, teknik menyoal aras tinggi, alat Cort 1 dan alat Cort IV (pemikiran kreatif). 
  • Dapat membantu pelajar mengimbas kembali maklumat yang berkaitan yang dapat digunakan untuk membantu menggabungkan maklumat-maklumat baru.
Secara umumnya, penggunaan alat berfikir dapat membantu pelajar untuk :
  1. Meningkatkan kemahiran berfikir.
  2. Menyampaikan idea dengan lebih tersusun, jelas dan mudah difahami.
  3. Lebih mudah mengingat jika maklumat dapat disusun dalam suatu corak yang sistematik dan menunjukkan perkaitan konsep. 
A) Pengurusan Grafik 

Kenapa pengurusan grafik diperlukan?
  1. Untuk merancang dan menyusun idea supaya teratur dan jelas.
  2. Untuk mengawal dan memahami proses pemikiran kendiri.
  3. Untuk menterjemahkan dan melahirkan sesuatu yang tersirat dalam bentuk yang tersurat.
  4. Untuk menjadikan proses berfikir lebih sistematik dan aktif.
  5. Untuk mengelakkan daripada berfikir secara terburu-buru, sempit, kabur dan berkecamuk.
Faedah Menggunakan Pengurusan Grafik di dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran.
  1. Tujuan mempelajari sesuatu kandungan pelajaran lebih jelas.
  2. Tugas yang rumit menjadi lebih mudah untuk difahami dan dilakukan.
  3. Dapat digunakan sebagai alat mecetus idea dan menyusun maklamat untuk penulisan dan lisan.
  4. Dapat memupuk pemikiran analitis, kritis dan kreatif.
  5. Menjadikan kandungan pelajaran lebih bermakna.
  6. Pelajar terlibat secara aktif dalam mengemukakan cadangan dan menguji hubungkait antara maklumat.
  7. Mengawal proses pemikiran yang bersesuain dengan pengurusan grafik yang mengambarkan proses pemikiran,  pelajar dibimbing untuk berfikir secara analitisdan krisis. Pengurusan grafik jenis ini digunakan bersama-sama peta lisa, iaitu soalan-soalan yang membimbing pelajar mengisi borang-borang pengurusan grafik.
Jenis-jenis pengurusan grafik
  1. Pengurusan grafik membanding dan membeza
Pengurusan grafik ini amat berguna untuk mendapatkan kejelasan dan pemahaman bagi konsep-konsep yang sukar dan mengelirukan. I boleh digunakan untuk semua mata pelajaran bagi melihat persamaan dan perbezaan di antara dua konsep atau tajuk.
  1. Pengurusan grafik meramal kesan akibat
Dengan berpandukan pengurusan grafik membuat ramalan, pelajar akan membiasakan diri untuk membuat ramalan yang bijak, iaitu berdasarkan bukti-bukti sokongan yang kukuh. Kemahiran berfikir membuat ramalan boleh digunakan untuk isu-isu tertentu bagi semua mata pelajaran.
  1. Pengurusan grafik mengesahkan sumber maklumat.
Kita perlu mengesahkan maklumat yang diterima dengan meninjau sama ada sumber maklumat itu boleh dipercayai atau tidak. Dapatan penyelidikan perlu disahkan kebolehpercayaan. Begitu juga dengan maklumat dalam penulisan, ia perlu ditimbang secara kriris. Dengan menggunakan pengurusan grafik pelajar tahu cara untuk mengesahkan sesuatu sumber maklumat.
  1. Pengurusan grafik idea berpusat
Pengurusan grafik ini digunakan untuk menunjukkan bahagian, kesan atau sumbangan kepada sesuatu tajuk atau idea. Ia boleh digunakan untu membantu pelajar melihat dan menghubungkaitkan bahagian-bahagian kepada idea keseluruhan bagi semua bidang pelajaran.
  1. Pengurusan grafik membuat kategori
Dengan berpandukan pengurusan grafik ini pelajar akan dapat membuat analisis dan klasifikasi serta menerangkan ciri-ciri sesuatu objek atau item untuk menunjukkan hubung kait antara objek-objek dalam kels yang sama.

KEMAHIRAN MENGAMBIL DAN MEMBUAT NOTA

KEMAHIRAN MENGAMBIL DAN MEMBUAT NOTA 😀 CARA-CARA MEMBUAT NOTA  ✅ Definisi Nota :  Nota ialah benda yang dicatat oleh seseora...